Syarat dan Terma Homestay Selesa Batu Muda

  • Check in 2.00 pm dan checkout 12.00 pm keesokan harinya
    • Penyewa boleh “extend” sewa dengan kadar RM20/jam untuk satu unit.
  • Sebagai tanda “booking” kami memerlukan deposit separuh daripada jumlah keseluruhan malam yang ditempah
    • Sekiranya penyewa terpaksa membatalkan sewa, “cancellation charge” berjumlah RM100/semalam untuk setiap rumah akan dikenakan.
    • Penyewa boleh menukar Tarikh tanpa caj.
  • Parking kereta
    • Unit A
      • Hanya dua buah kereta dibenarkan parking dalam garaj rumah
      • Kereta lain mestilah diletakkan di luar Kawasan, dan tidak menghalang jiran.
    • Unit B
      • Hanya satu buah kereta dibenarkan parking dalam garaj rumah
      • Unit B berkongsi halaman dengan penyewa lain di tingkat atas rumah. Oleh itu mestilah berkerjasama dengan orang lain.
      • Kereta lain mestilah diletakkan di luar Kawasan, dan tidak menghalang jiran.
  • Kegunaan untuk majlis
    • Sebarang khemah tidak dibenarkan untuk dipasang melainkan di dalam kawasan rumah sahaja
    • Pelamin cuma boleh dipasang dalam bangunan rumah (dalam pintu rumah)
    • Permit polis mesti dipohon dan ditunjukkan kepada Tuan Rumah
    • Penyewa mesti ambil tanggungjawab untuk memastikan majlis berlangsung mengikut SOP PKPB. Tuan rumah tidak bertanggungjawab atas apa-apa masalah susulan kegagalan penyewa berkaitan SOP PKPB. PKPB = Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kerana Covid 19.
    • Sekiranya penyewa tidak jujur dan mengadakan majlis (namun menyatakan kegunaan hanya untuk kediaman, laporan polis akan dibuat dan penyewa akan dipaksa keluar dan wang tidak dikembalikan)
  • Security deposit RM80 (bagi satu rumah untuk satu malam) akan diminta sebelum “check in” dan akan dipulangkan semula sekiranya homestay dipulangkan dalam keadaan yang memuaskan
  • Sampah mesti dibuang di dalam tong sampah di luar rumah (depan gate rumah).
    • Rumah mesti dalam keadaan bersih, dan tidak bersepah. (Homestay bukan Hotel yang mempunyai Housekeeping service).
    • Memastikan semua suis lampu, kipas, air-cond dan paip air ditutup sekiranya keluar/tidak digunakan (elakkan pembaziran, supaya harga Homestay kekal berpatutan).
    • Memastikan tingkap ditutup untuk mengelakkan serangga masuk
    • Karaoke tidak dibenarkan. Laporan polis akan dibuat dan penyewa akan dipaksa meninggalkan premis dan tiada wang sewa akan dikembalikan.
    • Menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising (Homestay bukan pusat hiburan).
    • Memastikan semua peralatan yang ada di dalam homestay ini digunakan sebaiknya dan tidak dibawa keluar (Kecurian barang akan menyebabkan deposit tidak dipulangkan)
  • Bayaran penuh haruslah dibuat sebelum “check in” ke akaun Maybank nombor 162209947757 (Maimon binti Baba)
  • Sebelum check out, pastikan barang-barang peribadi tidak tertinggal.
  • Dengan kesudian penyewa membuat bayaran untuk Homestay, bermakna penyewa bersetuju dengan syarat dan terma di atas.

Workflow Homestay

  1. Dapatkan maklumat di bawah
    1. Nama
    1. Alamat
    1. IC gambar
    1. Kegunaan premis: majlis/kediaman. Sekiranya lebih 10 orang akan berada di premis, maka kegunaan adalah “majlis”.
  • Untuk kegunaan
    • Biasa RM300
    • Majlis RM400
    • Sekiranya majlis memerlukan dua buah Rumah, maka caj biasa dikenakan untuk kedua-dua Rumah
  • Minta items di bawah:
    • Deposit
    • Gambar IC
    • Permit polis untuk majlis
  • Explain kepada penyewa perkara di bawah
    • Caj mengikut kegunaan
    • Syarat dan terma
      • Masa check in
      • Deposit dan cancellation charge
      • Parking kereta
      • Syarat untuk majlis
      • Syarat untuk security deposit