Selamat datang

Homestay Selesa
Kampung Batu Muda

Penginapan selesa dan strategik di Kuala Lumpur. Homestay lebih daripada sekadar tempat tinggal — pengalaman asli bersama budaya tempatan.

Homestay Idaman Anda

Lot 59039, Lorong 1/12B, Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur

Homestay ini terletak di Lot 59039, Lorong 1/12B, Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur di bawah seliaan Selesa AR Ventures dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan no. pendaftaran syarikat 002807200-H.

Terdiri daripada 2 unit rumah (Rumah A & B) yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air bagi setiap unit. Homestay A & B turut dilengkapi dengan tempat letak kereta sendiri.

Dilengkapi televisyen, sofa, sofa bed, meja makan, katil, almari, oven, mesin basuh, peti sejuk, dapur & peralatan memasak, aircond dan lain-lain.

Pandangan luar Homestay Selesa

Lokasi Strategik

  • Masjid Saidina Hamzah
  • Dewan Komuniti Batu Muda & Taman Koperasi Polis
  • LRT Sentul, KTM Sentul, KTM Batu Caves, MRT Kampung Batu
  • UIAM, UniMAIWP, IIC
  • Terminal Bersepadu Gombak (TBG)
  • Stesen ECRL Gombak
  • Akses lebuhraya MRR2, Sentul Link, DUKE
  • SLK Badminton Centre, W (Sentul) Badminton Centre
  • NS7 Futsal Sentul, Taman Metropolitan Batu
  • Kompleks Sukan Seri Delima

Kemudahan & Fasiliti

3 Bilik Tidur

Setiap unit rumah A & B

2 Bilik Air

Kemudahan lengkap setiap unit

Parking

Tempat letak kereta Unit A & B

Perabot Lengkap

TV, aircond, dapur & mesin basuh

Lokasi Kami

Lot 59039, Lorong 1/12B, Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur

Harga & Tempahan

Kediaman Biasa

RM400/malam

Satu unit rumah untuk kegunaan kediaman biasa.

  • 3 bilik tidur, 2 bilik air
  • Deposit keselamatan RM50/malam
  • Extend RM25/jam

Maklumat Tempahan

  • Deposit booking: 50% jumlah sewaan
  • Check-in: selepas 2:00 petang
  • Check-out: sebelum 12:00 tengah hari
  • Extend: RM25/jam
  • Boleh tukar tarikh tanpa caj

Workflow Tempahan

1
Beri Maklumat

Nama, alamat, gambar IC, kegunaan premis, no. telefon, tarikh sewa, bilangan orang, dan jam tambahan jika perlu.

2
Harga Mengikut Kegunaan

Biasa RM400/malam · Majlis RM500/malam · Extend RM25/jam.

3
Deposit & Dokumen

Deposit 50% + deposit keselamatan RM50/malam. Gambar IC & permit polis (untuk majlis).

4
Pengesahan

Kami akan maklumkan caj, syarat check-in, parking, majlis dan security deposit sebelum check-in.

Galeri Homestay

Beberapa gambar terpilih. Muat lebih banyak tanpa memuatkan semua sekali gus.

Video Homestay

Terma & Syarat

Homestay Selesa Kampung Batu Muda

Check-in selepas pukul 2:00 petang. Check-out sebelum pukul 12:00 tengah hari keesokan harinya.

Penyewa boleh extend sewa dengan kadar RM25/jam untuk satu unit.

Sebagai tanda booking, deposit 50% daripada jumlah keseluruhan malam yang ditempah diperlukan.

Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya penyewa membatalkan booking pada saat akhir.

Penyewa boleh menukar tarikh tanpa caj.

Unit A: Hanya 2 kereta dalam garaj. Kereta lain di luar kawasan tanpa menghalang jiran.

Unit B: Hanya 1 kereta dalam garaj. Berkongsi halaman dengan penyewa tingkat atas — kerjasama diperlukan.

  • Khemah hanya dalam kawasan rumah
  • Pelamin hanya dalam bangunan rumah
  • Maklumat tidak jujur mengenai majlis: laporan polis, keluar premis, wang tidak dikembalikan

Security deposit RM50 (satu rumah, satu malam) sebelum check-in. Dipulangkan jika rumah bersih, kemas dan teratur.

  • Tiada karaoke · Hormati kejiranan · Tutup suis & tingkap
  • Sampah dibuang dalam tong di depan gate

Bayaran penuh sebelum check-in ke akaun Maybank:

1622 0039 8753 (Abdul Azim Bin Ab Hamid)

QR Code pembayaran

Hubungi & Tempah

Untuk tempahan, sila hubungi kami melalui telefon, SMS atau WhatsApp

Tolong jawab soalan di bawah untuk rujukan kami:

  1. Sapa nama tuan?
  2. Nak sewa homestay bila? Berapa malam nak sewa?
  3. Berapa orang akan duduk di homestay?
  4. Nak duduk sahaja atau nak buat apa-apa majlis seperti (majlis nikah, tunang dan lain-lain)?
  5. Nak pertambahan masa duduk di homestay? (seperti nak masuk lebih awal atau keluar lebih lambat)
Hantar via WhatsApp
Diselia oleh

Selesa AR Ventures
No 8, Jalan 7/4, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
SSM: 002807200-H